Stigma karya Muharikah

Stigma karya Muharikah

Assalammualaikum ! β€πŸ€— Harap semuanya sihat hari ini. Satu lagi review aku bawakan iaitu Stigma karya Muharikah.

SINOPSIS

“Macam mana kalau saya terjatuh cinta kat dia?” ungkap Iman, serius.

Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.

“Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik-adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak,” ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu.

Iman tahu, Zarith hanya bergurau. Tapi, ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith.

Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.

REVIEW SAYA

Konsep kedoktoran yang dipaparkan adalah sangat unik dan jarang sekali kita lihat dalam buku sebab nak pastika semua fakta dan istilah medikal itu bukan senang. So sangat seronok untuk dibaca dan dapat feeling-feeling sikit drama doktor 😍

Juga dibawa mesej berkenaan penyakit HIV dan komuniti LGBT yang semakin menular di Malaysia. Dengan menjadikan dua watak utama ini, Iman dan Faris, pernah terjebak dalam dunia kemaksiatan itu membuatkan pembaca jadi lebih dekat dengan komuniti ini. Dan pada masa yang sama dapat lihat dari perspektif mereka. Mesej dan pesanan turut lebih mudah sampai kepada pembaca.

Ayat dan bahasa yang digunakan cukup simple dan mudah untuk difahami. Perenggan pun pendek-pendek. Jadi, itang yang tak selalu membaca pun boleh enjoy.

Trigger warning : ada beberapa babak yang membawa kepada sexual harassment / inclination. Jadi, aku tak sarankan kepada orang yang ada trauma dengan perkara tersebut.

Rating : 5/5 bintang

Terima kasih kerana sudi membaca!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s